haiiiiii................

Assalamualaikum...ai... Nama saya Mohamad Fazli Othman. Tp orang panggil sama macam2, ada panggil Fazli, Ayie, Mat Yie, Ayfz, Ustat, Pali, Fali, Fast Lee, dll. Tak kisahlah nak panggil saya apa, tpsaya tetap orang yang sama. Saya ialah Mohamad Fazli Othman.

Tanpa Meraka Siapalah Saya

17 April, 2009

epi besdey...


mmmmmmmmm.........ari ni aku masih lagi pening2...mybe akibat overdos makan daging lembu kemarin....ya...kemarin ada kenduri kesyukuran kat umah pak sedara aku.Walaupon sekadar kenduri kesyukuran, seekor anak lembu dikorbankan....haih...
entri kali ni x de papae sebenarnye...cuma nak ucapkan slmt hari lahir utk Faezah yg berada kat sarawak
dan slmt hari lahir juga kat HajarIbrohim (Aja~ aja)yg berada di uitm shah alam....
ceria2 selalu......

12 April, 2009

hampir hilang semangat....

yup..........sblm ni aku citer pasal ular tedung dan lipan...kali ni nak citer pasal kala jengking pulak....dua tiga malam yg lepas..tengah sibuk dk melayan youtube tiba2 aku ada merasakan sesuatu yg bergerak kat kaki aku. suatu yang seang menyondol-nyondol kaki aku. Mula2 aku sangkakan cengkerik..rupa rupanya....kala jengking.....
Alhamdulillah...aku x terus pijak..aku tengok dulu....aku segera bangun . tapi tengok reaksi ejngking ni..bukan nak menyerang pon...cuba melarikan diri ada la....so aku spefikasikan jenking ni tersesat ke bilik aku. Aku terus amik gambar....dua tiga snap je....takut2 berani gak la time snap. Mmg duduk dekat sangat dengan jengking nih.....Dah abih amik gambar, aku tangkap jenking ni dan lepaskan kat belakang umah. Tapi sebelum tu aku pesan dulu kat jegking ni....jangan datang balik sini, kalau datang lagi insyaallah mati.
huh...hapir hilang semangat gak la time tgk jenking tu kat kaki, kalau gerak sikit lagi insyaallah kene la aku.
p/s; berhati hati walau di mana jua anda berada...

09 April, 2009

Masih Ada Semangat...


sewaktu menghadiri mesyuarat pemuda haritu, pengerusi majlis telah menyampaikan sebuah cerita yg aku ingin kongsikan di sini. Cerita lipan dan ular tedung.


Lipan : weh...ko mmg hebat la....
Tedung : Nape?
Lipan : Banyak manusia mati kerana patukan ko....
Tedung : Bukanla...mereka mati bukan kerana aku...
Lipan : eh...kenapa ko cakap camtu..????
Tedung : Mereka mati bukan kerana patukan aku, bukan kerana bisa aku.....
Lipan : Habis tu..????
Tedung : Mereka mati kerana semangat mereka tak kuat...tu je....
Lipan : Ah..tak caya la aku....
Tedung : Betul la....
Lipan : Mana mungkin...ko kan paling berbisa....
Tedung : Betul....kalau tak percaya...meh aku tunjukkan....

Maka ular tedung dan lipan tadi pon bergeraklah menuju ke sebuah surau.....kebetulan pada masa itu tok bilal baru sampai untuk melaungkan azan subuh.

Tedung : Ok...aku akan patuk kaki tok bilal tu...dan kemudian aku akan sembunyi.....kau tunggu
je...jangan pergi mana-mana.....
Lipan : Ok....

sewaktu tok bilal ingin melangkah ke dalam surau, tedung tadi terus memagut kaki tok bilal....dan terus menyembunyikan diri ...tok bilal berasa sakit dan menyuluh kawasan sekelilingnya....kemudian tok bilal ternampak lipan....

Tok Bilal : La...lipan rupanya.....

Tok Bilal terus masuk ke dalam masjid dan melaungkan azan. Selesai azan subuh tok bilal menyapu sedikit minyak angin tempat patukan ular tadi.

Lipan : Eh..tok bilal tu..selamber je bila ko patuk dia....
Tedung : Tu la ..aku cakap ko tak percaya...esok kita buat lagi..tapi kali ni ko pulak yg gigit tok
bilal...tapi lepas gigit ko terus sembunyi...biar aku je tunggu kat situ...
Lipan : OK....

Keesokkan harinya mereka ke surau lagi. Apabila tok bilal ingin melangkah ke dalam surau.. lipan dengan pantas menggigit kaki tok bilal....dan terus bersembunyi...

Tok Bilal : Aduh....

Tok Bilal menyuluh nyuluh keadaan sekelilingnya ..., kemudian dia ternampak ular tedung berdekatan denggannya....

Tok Bilal : Ya Allah.....(tok bilal terus rebah....)

.............................................................

Tedung : Kan aku dah cakap....manusia mati bukan kerana bisa aku pon....
semangat meraka yang tak kuat...
Lipan : Ye..la.....



...............................................................................***p/s maaf saya tak pandai bercerita

04 April, 2009

semuanya x menjadi...........


huih.........

dua tiga ari ni semua yg dirancang x berapa menjadi.........adeh.........

sepatutnya esok 5/4/09 aku berada di selangor, menghadiri majlis kenduri kahwin kawan baik semasa dipoli dahulu.....dah lama rancang nak pergi ke sana.....

dua tiga hari lalu aku dapat satu emel dari seorang lagi rakan baik yg juga rakan sepoli dahulu...dari johor...juga kenduri pada 5/4/09.....adeh hati dah berbelah bahagi samada nak pergi kenduri yg mana satu....selangor kah atau johorkah?????

aku mengambil keputusan untuk x pergi kedua-dua kenduri tu....memandangkan hari isnin aku kene kerja...tkut gak kot2 x sempat balik

perancangan seterusnya untuk mengajak seorang lagi kawanku untuk menonton wayang...tapi tiba2 tadi aku mendapat msg yang menyatakan aku kene menghadiri mesyuarat esk pagi(5/4/09)....maka nak tengok wayang ngan kawan aku tadi pon x menjadi gak..........

dan esok terpaksa la aku menghadap mesyuarat....yang aku harap x la membosankan.....


:=nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU utk FARIDAH NOOR dab FENDI yang bakal bersanding esok (5/4/09) di

:= dan SELAMAT PENGANTIN BARU utk MOHAMAD RIDWAN ndan KHADIJAH yang bakal bersanding juga pada esok (5/4/09)


moga korang bahagia...maaflah x dapat pergi..........
**gambar diatas hanya hiasan semata-mata

31 Mac, 2009

zai & ikhwan


28/3/09 yg lalu aku, adamLuba, Kah Yan dan Edison (BF Kah Yan) berkesempatan ke majlis perkahwinan rakan Zairani, rakan semasa belajar di PJB satu ketika dahulu. Majlis perkahwinannya diadakan di PD seminggu sebelum ini, tapi atas sebab urusan kerja, kami pergi majlis di sebelah rumah suaminya di negeri perak. Kami sampai lewat labih kurang jam 3.40 ptg....disebabkan sblm tu kami dah tersesat di Teluk Intan.....kiranya tiga empat kali jugaklah kami mengelilingi Menara Condong Teluk Intan sebelum jumpa jalan ke rumah Zai & Ikhwan.

Menara CondongTeluk Intan


dah sampai

Inilah Ikhwan & Zai

sampai di sana mmg dah takde mood nak snap gamba dah..., dah penat pusing2 kt Teluk Intan.Tapi lepas makan jek, mmg tak tahan la tengok OP dok snap gambar zai n ikhwan ni, aku dan adamluba pon tompang sekaki.

lebih kurang jam 5 petang kami berangkat pulang ke penang....dan dijangkanan kami akan sambuh Earth Hour di atas lebuhraya..ha..ha...Thanks bebanyak kat Edison n KahYan yg sudi berhenti sekejap di masjid time aku n adam luba nak solat. Thanks jugak kat Kah Yan sbb bagi tompang kereta. Time balik hujan memang lebat, Sampai je umah aku dan adamluba memeang x pikir lain dah...mmg nak tido jek....tedo..tido...kroh..kroh....krrrrrrohhhh....

24 Mac, 2009

slmt pengantin baru Ieja & Am

salam..............ni pic wedding Ieja & Am....majlis diaorang 15/3/09 yg lalu, kiranya aku OP kat sini la...
Ieja ni kawan sekolah aku, kini bekerja sabagai seorang jururawat. Si Am pula bomba.
Majlis ari tu mmg meriah la, mmg dapat layanan baik dari keluarga pengantin, siap ada minum petang lagi...
pastu dapat jumpa kawan2 lama time sekolah dulu....ada yg dah kawen dah ada anak pon....
gambar ni sebenarnya x nak letak kat sini, tp atas permintaan kawan2 ieja yang jauh di perantauan x dapat datang ke wedding dia, aku letak byk sket....
Enjoy!!!!

































03 Mac, 2009

sebulan berlalu..............


haha.....................

sedar x sedar.... dah sebulan aku menamatkan perkhidmatan di R*** Design...

byk pengalaman, pahit manis dan kenangan yg ditimba di R*** design, namun, untuk meneruskan cita2 aku ambil keputusan untuk berhenti setelah dua tahun berkhidmat di sana.

Dan sekarang bermulalah kehidupan baru dengan kerja baru....................

'harap hidup dapat diteruskan'