haiiiiii................

Assalamualaikum...ai... Nama saya Mohamad Fazli Othman. Tp orang panggil sama macam2, ada panggil Fazli, Ayie, Mat Yie, Ayfz, Ustat, Pali, Fali, Fast Lee, dll. Tak kisahlah nak panggil saya apa, tpsaya tetap orang yang sama. Saya ialah Mohamad Fazli Othman.

Tanpa Meraka Siapalah Saya

Memaparkan catatan dengan label fikirlah sendiri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fikirlah sendiri. Papar semua catatan

19 April, 2010

tiba-tiba mata berkaca

aku tau lelaki buruk kalau menangis..sbbt tu aku tahan saja....ni selepas aku visit blog kawan aku ni.....disini

jangan nangis...

06 Januari, 2010

makan tangan makan sudu.....

ok...korang suka makan kat kedai...mesti suka kan.................x kisah la..kedai mamak ker...restoren ker..gerai2 tepi jalan ker....fastfood ker....mesti suka ken..hulur je duit....maka makanan yg sedap2 dan lazat korang akan dapat......ada tempat makan dulu baru hulur duit...ah...lebih kurang la....
.
nak citer sket ttg kaedah makan masa kat kedai...ada yg makan guna tangan sendirik jer....(x kan guna tangan orang lak...)ada lak yg makan guna sudu dan garphu..dll....
.
apa kelebihan makan guna tangan..dan kekurangan makan guna sudu dan garphu...
.
1.tangan korang, korang sendiri cuci sebelum makan, maka korang boleh cuci sebersih-bersihnya tangan korang sebelum makan..tp sudu dan garpu kat kedai org lain yg cuci....pasti x tahu tahap mana kebersihan garpu tu kan...
.
2. sudu dan garpu mungkin pernah jatuh atas lantai..dalam longkang..korang x tahu kan....tp tangan sendiri mana pernah jatuh....kalau kotor pon tahu kan...
.
3. guna tangan sendiri x payah nak berebut2 macam sudu dan garphu.....ye la..time tengah hari selalu jer sudu dan garphu x cukup....
.
4.ek...yg ni lupa lak...........
.
k...selamat menjamu selera......."dey mamak....garpu aku mana la..nak makan ni..."
.
.

04 Oktober, 2009

Saya Sayang Awek's Saya.. huhuhu

.
Bismillahirahmanirahim...
Saya suka tengok jari awek saya...
Cantik betul...
Sungguh!Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other
Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...
.
Saya suka tengok rambut awek saya..
.Cantik betol...
Sungguh!Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka
Di suatu hari yang giler forever
.
Saya suka tengok body awek saya....
Cantik betol...
Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong
Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama
Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala.
Pheh syoknye...
.
Saya sedih tengok awek saya
Tak tido, tak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tu jugak,
Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan Nya dari saya...
.
Saya sedih tengok awek saya
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, drive elok-elok tau..Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya....
Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu
Die tak kata satu aper pun...
Berdosanye saya....
.
Kesimpulannya saya memang sayang dia....
Nak jumper die giler forever...
Yang forever punye forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...
Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami.....
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...
.
P/s - andai anda seorang wanita muslimah...
Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu....
Then kalu anda seorang muslim...
Apa kata tanamkan dalam hati camtu...
Cinta tu anugerah Allah......
Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye.....
Semoga saya pun ambik iktibar gak....
Wassalam ..
.
.
.........sy agak sibuk skg ni....sbb tu rasa malas nak update...
entri ni saya cuma copy dari bujang susah...

18 September, 2009

knape lak dia nangis....

satu hari..mamat , 6 tahun, pergi ke kedai....emaknya menyuruh membeli beberapa barang dapur...untuk memasak juadah berbuka nnt....masa kat kedai...mamat dengar perbualan antara makcik kedai dan seorang makcik pelangan ...

makcik pelangan : mmm dua tiga hari nnt dah nak raya ek....
makcik kedai : ye la...kejap jer rasanya.......
makcik pelangan : tu la....aku ni sedeh jer.....dah nak abih puasa....
makcik kedai : aku pon sedih gak....sayu jer hati ni..sepas solat rasa nak nangis jer...puasa dah nak habis.....
makcik pelangan : entah tahun depan panjang umur ke tidak kite ni yek...

dalam hati mamat berkata...'eh sedih apa..orang seronok ler...dah nak raya..nape nak sedih lak...'

.................masa berlalu............................

mamat kini berusia lewat 20an....selesai solah tahajud....selesai berdoa..masih diatas sejadah...mamat berfikir seketika....kemudian airmatanya menitis....dia berfikir..."entah tahun depan dapat jumpa lagi ke tak dengan Ramadhan..."

.
.

11 September, 2009

tragedi itu....

pic ni bukan saya yg snap...saya copy jer.....

.

.
tetiba hari ni aku teringat sesuatu....
hari ni 11 september 2009...11 september......
dah +-sembilan tahun tragedi itu berlaku....
tragedi yg mengubah persepsi barat terhadap dunia Islam.....
.

p/s: saya rasa saya ada terlupa sesuatu perkara...

10 September, 2009

knpe tak ajak ayah datang...???


lokasi : masjid si sebuah kampung di utara 1Malaysia...
aktiviti : majlis berbuka puasa
.

gambar murtabak..sekadar hiasan semata-mata

mcm biasa..kalau kat kampung2 bila ada majlis berbuka puasa maka sibuklah orang kampung datang bergotong royong memasak untuk juadah berbuka nnt....

ok...pendekkn cerita...

bila dah hampir masuk waktu berbuka..maka semua org dipesilakan untuk duduk di tempat dimana juadah dihidangkan....sekumpulan budak2 berlari kat tepi pagar masjid..bermain sementara menunggu waktu berbuka...mereka dipanggil untuk duduk kat juadah dihidangkan...

seorang nenek : eh..ni anak sapa ntah...nek lupa la...(sorang makcik menegur kanak2 utk bergurau sementara menunggu waktu berbuka...)

kanak2 itu : saya anak XXXXX

seorang nenek : o.....mak mana....??

kanak2 itu : tu..(menunjuk ke arah seorang wanita yg sibuk menyusun juadah..)

seorang nenek : ayah mana..knepe x ajak ayah datang sama...???

kanak2 itu : ayah pon x puase....nape nak ajak...

seorang nenek : .....

p/s : kepimpinan melalui teladan...

02 September, 2009

MENITI KESEMPURNAAN PUASA

IBADAT puasa yang sedang dilalui umat Islam sekarang akan lebih sempurna apabila orang mukmin semakin berhati-hati menjaga mulut ketika berkata, menjaga mata dan telinga ketika melihat dan mendengar.
.
Ramai yang bimbang puasa mereka tidak diterima.
.
Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Ramai yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa selain lapar dan dahaga.
.
”Daripada Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: “Lima perkara menghapus pahala puasa ialah berdusta, mengumpat, mengadu, membuat sumpah palsu dan melihat wanita bukan muhrim dengan nafsu syahwat.
.
"Daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Puasa ialah benteng dan janganlah berkata perkara keji dan jangan bertekak seperti orang bodoh.
.
“Jika seseorang menentang dan memakimu maka hendaklah kamu berkata:”Sesungguhnya aku sedang berpuasa (ucap dua kali).
.
”Puasa adalah perisai yang menghalang atau memelihara kita daripada melakukan perbuatan maksiat dan mungkar.
.
Oleh itu, kita perlu memelihara seluruh anggota sama ada lahir dan batin.
.
Mulut dipelihara daripada menyebut perkara haram, seperti mengumpat, memfitnah dan mengata, manakala telinga dipelihara daripada mendengar perkataan yang dilarang.
.
Setiap yang haram diucapkan, haram pula didengar.
.
Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 42 bermaksud: “Mereka yang suka mendengar perkara dusta adalah mereka yang makan makanan yang haram.
.
”Sebagai bulan berkat, adalah lebih baik bagi orang yang berpuasa mengerjakan amalan baik sebanyak mungkin, seperti bersedekah dan membaca ayat suci al-Quran serta sembahyang sunat pada malam Ramadan. Agar puasa kita lebih sempurna di ramadhan kali ini dan tahun2 akan datang jika dipanjangkan umur.. wallahualam.
.
.
.

27 Ogos, 2009

PENAWAR TENSION

Bismillahirahmannirahim..
.
Bau Ketiak Lelaki Menjadi Penawar Tension?
.
Petua Rumah Tangga
.
Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.
.
Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja ” diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau lawan sejenisnya.
.
Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia dalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.
.
Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang…. dipetik dari majalah PA&MA…Feb 2004…kalau tak caya…
.
So kengkawan kalau tengah stress tu …..bolehlah cium ketiak suami atau boyfriend.Bagi kaum adam pulak, simpan bau ketiak tu utk orang tersayang.
.
Moral of the Story…. So kalau isteri dok tension tu … lepas balik riadah..calit sikit bau ketiak anda..yang masam tu insyaallah mood dia ok…….
.
Ha..ha…ha. … selamat mencuba…& Kepada para isteri jangan dok tension sangat…nanti kena cium bau ketiak suami ……...
.
.
.
.
p/s: beberapa ketika dahulu seorang gadis pernah berkata pada kawan aku...
'lelaki kalau tak peluh tak 'jantan' ar...he..he...'
.
.