haiiiiii................

Assalamualaikum...ai... Nama saya Mohamad Fazli Othman. Tp orang panggil sama macam2, ada panggil Fazli, Ayie, Mat Yie, Ayfz, Ustat, Pali, Fali, Fast Lee, dll. Tak kisahlah nak panggil saya apa, tpsaya tetap orang yang sama. Saya ialah Mohamad Fazli Othman.

Tanpa Meraka Siapalah Saya

02 September, 2009

MENITI KESEMPURNAAN PUASA

IBADAT puasa yang sedang dilalui umat Islam sekarang akan lebih sempurna apabila orang mukmin semakin berhati-hati menjaga mulut ketika berkata, menjaga mata dan telinga ketika melihat dan mendengar.
.
Ramai yang bimbang puasa mereka tidak diterima.
.
Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Ramai yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa selain lapar dan dahaga.
.
”Daripada Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: “Lima perkara menghapus pahala puasa ialah berdusta, mengumpat, mengadu, membuat sumpah palsu dan melihat wanita bukan muhrim dengan nafsu syahwat.
.
"Daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Puasa ialah benteng dan janganlah berkata perkara keji dan jangan bertekak seperti orang bodoh.
.
“Jika seseorang menentang dan memakimu maka hendaklah kamu berkata:”Sesungguhnya aku sedang berpuasa (ucap dua kali).
.
”Puasa adalah perisai yang menghalang atau memelihara kita daripada melakukan perbuatan maksiat dan mungkar.
.
Oleh itu, kita perlu memelihara seluruh anggota sama ada lahir dan batin.
.
Mulut dipelihara daripada menyebut perkara haram, seperti mengumpat, memfitnah dan mengata, manakala telinga dipelihara daripada mendengar perkataan yang dilarang.
.
Setiap yang haram diucapkan, haram pula didengar.
.
Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 42 bermaksud: “Mereka yang suka mendengar perkara dusta adalah mereka yang makan makanan yang haram.
.
”Sebagai bulan berkat, adalah lebih baik bagi orang yang berpuasa mengerjakan amalan baik sebanyak mungkin, seperti bersedekah dan membaca ayat suci al-Quran serta sembahyang sunat pada malam Ramadan. Agar puasa kita lebih sempurna di ramadhan kali ini dan tahun2 akan datang jika dipanjangkan umur.. wallahualam.
.
.
.

8 ulasan:

  1. puasa itu adalah kewajiban kita dan kita wajib memelihara kesucian Ramadhan.

    BalasPadam
  2. hmm.. harus direnung..

    BalasPadam
  3. selamat berpuasa..
    bila nak p tangkap gambaq kat bazar ramadhan neh??

    BalasPadam
  4. bila kita sudah melakukan sesuatu ibadah,
    maka berdoalah kita kepadaNya agar diterima amalan ibadah yg dijalankan.
    insyaALLAH.
    kita perolehi berkat dalam bulan mulia ini amiin.
    ( ;

    BalasPadam
  5. ::: askm bro ayie, pekabar? alhamdulillah dah hampir setengah bulan kita berpuasa.. semoga kita semua happy & sihat walafiat hendaknyer dlm bulan mulia ini.. tertarik juga dgn komen2 di atas nih, antaranyer drpd emmetRaxor.. bila nak pi tangkap gambar bazaar tahun nih? [huhu] tentu menarik kan.. saya pon belum ada lagi utk tahun nih.. tahun2 lalu byk.. begitu juga dgn gambar dlm masjid ketika selesai terawih [huhu].. kali nih tak amik gambar pon, terus balik jer.. kalo amik pon mesti kabur sbb saya guna kamera h/p.. bagus kata2 nasihat bro dlm artikel di sini, harapan kita agar perbuatan yg mulia ini diteruskan pada setiap bulan mendatang bukan setakat bulan Ramadan semata2.. insya-Allah dirahmati, dimurah rezeki & org sekelilingpon akan menyukaii kita.. [re]: terima kasih ayie for the komen, lama dah ayie tak mai ke blog saya [huhu] tertunggu2 gak saya nih [hehehe]..

    ~ selamat berpuasa bro, keep on blogging k!

    BalasPadam
  6. >>cookie devine
    betul3...


    >>Farhah Zaidah
    pon betul5....

    >>hanilopiplopz
    renung2 gak..amal kene wat gak..he..he..

    >>aishah ibrahim
    insyaallah...
    sama-samalah kita perbanyakkan doa di bulan mulia ini

    >>emmetRaxor
    sabaq weh....kene plan ngan syud dulu...
    kene ada dia baru kerja senang n hapi..ha..ha..

    >>ReActivateZul
    he..he...buka x p blog bro..tp cuma x tinggalkan jejak jer..selalu p...
    sekarang ni bz sket..(sket jer....)
    mmg ada planing nak g bazar..tp tgk pada masa dan suasana la...
    nasihat tu untuk diri saya dan sesiapa yg sudi membacanya....insyaallah....

    >>makcu
    betul3...
    p/s:makcu...saya bukn ustad la..he..he..

    BalasPadam