haiiiiii................

Assalamualaikum...ai... Nama saya Mohamad Fazli Othman. Tp orang panggil sama macam2, ada panggil Fazli, Ayie, Mat Yie, Ayfz, Ustat, Pali, Fali, Fast Lee, dll. Tak kisahlah nak panggil saya apa, tpsaya tetap orang yang sama. Saya ialah Mohamad Fazli Othman.

Tanpa Meraka Siapalah Saya

01 November, 2009

DETIK RASULULLAH MENGHADAPI SAKARATULMAUT

Hayatilah - detik2 terakhir rasululalh menghadapi sakaratulmaut
.
Utk Renungan Bersama ...
.
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, 'Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.' Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. 'Rasulullah akan meninggalkan kita semua,' keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam,' kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
.
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
.
'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?' Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?' Tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril
.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. 'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. 'Badan Rasulullah mulai dingin , kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku', peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.' Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.'Ummatii, ummatii, ummatiii?'
.
'Umatku, umatku, umatku' Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
.
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin....
.
.

29 Oktober, 2009

aku bosan begitu...walhal... aku juga begitu..



gambar hiasan/pasangan Pengantin Kaklong & AbgLong


memegang status sebagai lelaki bujang, single available, solo, x der awek, dll akan banyak mengundang persoalan bilakah lelaki tersebut akan mengakhiri zaman bujangnya...????dan...aku juga x terlepas dari persoalan begitu...sering ditanya olah saudara mara dan rakan taulan bilakah masanya....macam2 bentuk soalan dan kiasan..ttp maknanya sama "bila nak kawen?" . Antara betuk soalannya....'ouit...sampai bila nak naik moto sorang2...', ' Tak teringin ka cari sorang tolong lipat baju nnt..', 'ai..x rasa umor dah makin tua ker...', dan banyak lagi soalan2 yg berbeza ttp maknanya hampir sama,''bila nak kawen''.




gambar hiasan/pasanganPengantin Ayu & Hafiz

.
kengkadang kita rasa tension gak dengan soalan2 begitu..apa ingat kawen tu macam beli nasik lemak kat gerai mak jah ker...dan kengkadang terkeluar gak jawapan2 yg pelik2..antaranya...''ah..tgk la dulu..rajin2 nnt carik la..'', ataupon.....''ala...muda lagi.....''ataupon..."tunggu gaji bulanan berjuta2 dulu la..." dan byk lagi jawapan2 yg seumpama dengannya....tp maknanya tetap sama ..belum ada keputusan untuk brkahwin....


gambar hiasan/pasanganPengantin Kaklong & AbgLong


sebenarnya....kawan2 juga banyak membantu dalam proses ni.....siap tolong kenalkan adik, sepupu, kawan, x gilfriend dll.....tp kalau bukan masanya......apa lagi nak dikata....cewah....mungkin itu yg menyebabkan sorang kawan ni berkata..'weh..weh...ang ni x der perasaan ker..!!!'' eh...tolong sket ea...aku manusia normal yg ada hati dan perasaan lagi..tapi.......

kadang2 dah bosan begitu.....mengahadap soalan yg sama dan hampir sama saban hari..tp nak salahkan orang lain x leh gak.....hakikat manusia mmg begitu....

sebentar tadi aku berfikir..aku bosan begitu..tp aku juga begitu....aku bosan ditanya soalan2 seumpama itu..walhal..aku juga beretanyakan soalan yg sama pada orang lain.....bila jumpa jer kawan2..soalan yg sama jugak yg aku tanya....jadi apa bezanya....mungkin orang lain juga bosan bergitu.....

kepada kengkawan..thanks...tunggu jer kad kawen aku....ha..ha..(...entah bila ntah..)kepada yg nak bertanya..teruskan pertanyaan anda selagi anda rajin untuk bertanya....aku kena hargainya... kalau x bagi tanya pon..tetap akan ditanya...jadi..biarlah...x perlu melenting sbb aku juga bertnyakan soalan yg sama...kan...??

aku bosan begitu..walhal aku juga begitu..
.
.

26 Oktober, 2009

ikan ubi


ikan ubi.....ikan apakah itu.............ya..tu nama ikan yg owang kawasan setempat panggil....nama saintifik bagi ikan ini aku pon x tau...

jumaat lalu aku & spupu aku gatai tangan nak pegi mancing. Maka mlm itu kami pon pergi la mancing kat tasik melati......mula2 tarik haruan..tp sekor pon x dapat. Pastu ubah tukar mengail tilapai lak..tp dapat lak kecik2. pastu aku x puas hati...mengail toman lak..tp guna pelampung utk mengail tilapia....letak umpan katak...lantak la..janji toman makan..ngeh..ngeh...

malam2 kalau mancing kat tasik melati mmg meriah gak ar....sbb ramai..lampu lak keliling tasik. tu blom masuk kedai makan yg terang benderang lg tu....budak2 yg kat taman permainan,.. karaoke dll....

tungu punya tunggu..tunggu..tnggu....maka kail aku disambar ikan.....pergh..gaya tarik dah macam sekilo...dlm ati aku dah angan2 ikan toman ekilo dah...x puan haruan yg makan kail ni...
tarik..tarik..kampul..dan tarik..naik la ikan tu..


aik..ikan apa ni..x pernah jumpa pon.....pastu baru la spupu aku gitau yg ni ikan ubi....oooooooooo..baru aku tau....
maka angan2 mandapat toman atau haruan menjadi hampa...hu..hu...
ikan ubi...pon..ikan ubilah.....



korang rsa ni ikan apa.........???????????????????????????????????????????//

25 Oktober, 2009

tunggang-langang.....????

uph......salam smua....agak lama aku x update blog ni...ek..lama ker..x al lama sangat rasanya....
bukan apa....semenjak dua menjak ni hidup agak tunggang langgang.......nak kata sibuk kat opis...x la sibuk sangat pon.....tp sibuk la jugak..tp itu bukan sebabnya......
tp aku merajinkan diri gak untuk nak mengupdate blog ni......mungkin dalam masa terdekat ni aku akan bertambah2 lagi sibuk.....x pasti sempat ke tak nak upadate blog ni.....
memandangkan bilangan follower dah makin bertambah dari hari ke hari...maka..kene rajin update gak la kan...kalau x nnt......
utk masa terdekat ni...ada beberapa projek yg menyebabkan aku agak sibuk....
dan satu lagi...kegilaan hobi baru aku..menambahkan kesibukan aku lagi.....
skrg ni aku suka memancing...pagi ..., petang..,dah tu malam pon g mancing lagi..hais.....
tu yg idup skrg agak tunggang langgan sket..........
x bnyk..sket jer...

lagi...beberapa perancangan x dapat dilaksanakan tahun ni....
rancangan nak ke Johor...kene batalkan....(sori leha dan kama.....)
nak ke KL...x jadik gak...(sori aja, amin dan mai dan kawan2 kat sana....)
nak g jalan2 kat melaka..pon batalkan....(sori la brahim....th depan la aku p sana..ha..ha..)
bab jalan2 kat melaka dari tahun lepas lg rancang..tp x pergi gak....
adeh..........
tp ke Langkawi bln 12 ni...insyaallah jadik ler
Langkawi......Langkawi......Langkawi......Langkawi......Langkawi......Langkawi......Langkawi
k...cukup melalaut kat sini...nantikan update seterusnya..........

15 Oktober, 2009

pergi ke SARAWAK....

hari ni..kira2 jam 530pg..umah aku dilanda tsunami.....eh..ye ke....
bukan tsunami ombak laut tu..tsunami dari mak aku...mengejutkan lima orang anak 'jantan'nya bangun tidur....selalunya azan subuh baru nak aku kejut..tp hari ni..awal...
belum azan subuh dah kejut....ha..ha...apakah sebabnya....sebab nak bertolak ke Airport Kepala Batas, .....nak naik AirAsia nak ke SARAWAK......ha..ha..best..best.....
.
dependekkan cerita...yg pergi ke kepala batas cuma mak , ayah, adik mie, tok hasan dan adik aku yg no4 tu...kami yg lain2 tgk lambai tangan je la...hu..hu...
T_____T
.
sbnrnya diaorang pegi anta adik aku yg no 4 tu, nak kene g sarawak..kepten dia antar dia keje kat sana....dia keje atas kapal...ek..atas feri..ek..atas bot..ek...entah la...
aritu dah elok2 keje kat terengganu mintak balik kat langkawi...tup..tup..kene pegi sarawak lak..ha..ha...
to adik aku.....slmt pergi dan pulang......keje elok2 kat sana..... ^_____^
.
p/s: aku pon teringin nak naik k.terbang gak..

10 Oktober, 2009

^______^


limau purut lebat ditangkal,

sayang selasih condong uratnya,

hujan ribut dapat disangkal,

hati yg kasih apa ubatnya,

06 Oktober, 2009

danger zone


sape2 yg pernah visit FP aku...mesti ingat pic ni .....
.
.