haiiiiii................

Assalamualaikum...ai... Nama saya Mohamad Fazli Othman. Tp orang panggil sama macam2, ada panggil Fazli, Ayie, Mat Yie, Ayfz, Ustat, Pali, Fali, Fast Lee, dll. Tak kisahlah nak panggil saya apa, tpsaya tetap orang yang sama. Saya ialah Mohamad Fazli Othman.

Tanpa Meraka Siapalah Saya

07 September, 2009

award dari mizz saifa


mmmm...baru jadik follower mizz saifa dah dapat award....

04 September, 2009

...oh...juadah...berbuka...puasa....




antara juadah yg disediakan dan boleh didapati ketika bulan ramadhan....
ada banyak lg..tp upload siket jer....dikhuatiri menggoda iman para pembaca blog nnt..he...he...


02 September, 2009

MENITI KESEMPURNAAN PUASA

IBADAT puasa yang sedang dilalui umat Islam sekarang akan lebih sempurna apabila orang mukmin semakin berhati-hati menjaga mulut ketika berkata, menjaga mata dan telinga ketika melihat dan mendengar.
.
Ramai yang bimbang puasa mereka tidak diterima.
.
Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Ramai yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa selain lapar dan dahaga.
.
”Daripada Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: “Lima perkara menghapus pahala puasa ialah berdusta, mengumpat, mengadu, membuat sumpah palsu dan melihat wanita bukan muhrim dengan nafsu syahwat.
.
"Daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Puasa ialah benteng dan janganlah berkata perkara keji dan jangan bertekak seperti orang bodoh.
.
“Jika seseorang menentang dan memakimu maka hendaklah kamu berkata:”Sesungguhnya aku sedang berpuasa (ucap dua kali).
.
”Puasa adalah perisai yang menghalang atau memelihara kita daripada melakukan perbuatan maksiat dan mungkar.
.
Oleh itu, kita perlu memelihara seluruh anggota sama ada lahir dan batin.
.
Mulut dipelihara daripada menyebut perkara haram, seperti mengumpat, memfitnah dan mengata, manakala telinga dipelihara daripada mendengar perkataan yang dilarang.
.
Setiap yang haram diucapkan, haram pula didengar.
.
Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 42 bermaksud: “Mereka yang suka mendengar perkara dusta adalah mereka yang makan makanan yang haram.
.
”Sebagai bulan berkat, adalah lebih baik bagi orang yang berpuasa mengerjakan amalan baik sebanyak mungkin, seperti bersedekah dan membaca ayat suci al-Quran serta sembahyang sunat pada malam Ramadan. Agar puasa kita lebih sempurna di ramadhan kali ini dan tahun2 akan datang jika dipanjangkan umur.. wallahualam.
.
.
.

merdeka 52

mmmm mungkin agak terlewat sket..
tp aku nak ucapkan
selamat ulangtahun kemedekaan ke 52

27 Ogos, 2009

PENAWAR TENSION

Bismillahirahmannirahim..
.
Bau Ketiak Lelaki Menjadi Penawar Tension?
.
Petua Rumah Tangga
.
Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.
.
Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja ” diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau lawan sejenisnya.
.
Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia dalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.
.
Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang…. dipetik dari majalah PA&MA…Feb 2004…kalau tak caya…
.
So kengkawan kalau tengah stress tu …..bolehlah cium ketiak suami atau boyfriend.Bagi kaum adam pulak, simpan bau ketiak tu utk orang tersayang.
.
Moral of the Story…. So kalau isteri dok tension tu … lepas balik riadah..calit sikit bau ketiak anda..yang masam tu insyaallah mood dia ok…….
.
Ha..ha…ha. … selamat mencuba…& Kepada para isteri jangan dok tension sangat…nanti kena cium bau ketiak suami ……...
.
.
.
.
p/s: beberapa ketika dahulu seorang gadis pernah berkata pada kawan aku...
'lelaki kalau tak peluh tak 'jantan' ar...he..he...'
.
.

25 Ogos, 2009

merdekakah AKU


assalamualaikum.....sedar x sedar x lama lagi malaysia akan menyambut hari ulangtahun kemerdekaan yg ke-52. mmmm mmg merdeka kali ni aku x berapa teruja seperti merdeka2 sebelum ni...mungkin disebabkan keterujaan tu lebih kepada kedatangan Ramadhan.....
.
tajuk merdekakahAKU....sengaja dipilih.....sbb selalu owang dok tanya gak....
aku tak nak tulih panjang2.....sbb tengah malas nih...memasing pikiaq la sendiri ek....
.
tepuk dada tanya iman
.
k...selamat menjalani ibadah puasa.....
.
.
p/s: ...rindu...
.

23 Ogos, 2009

eh....bulan puasa pon kene tag gak

assalamualaikum semua....mmm..sy ditag lagi...bulan2 puasa ni pon ada owang tag gak...k lah..layan jer ek....
kali ni ditag oleh Meera dan @nn...diaorang ni macam pakat jer nak tag aku nih...alahai...

5 perkara yang anda suka tentang bulan puasa :
~sbb bulan penuh kerahmatan....banyak ganjaran dalam beribadat
~buleh bangun subuh awal2
~bulan ni la saya dok rindu kat sedare mare /ahli keluarga yg dok jejauh tuh
~jugak rindukan rakan2 yg dok jejauh tuh....hu..hu...
~abih puasa raya la....he..he..

5 perkara yang best masa bulan puasa :
~bukak puasa ngan famili
~g bazar ramadhan ngan rakan2
~time ni la ayah saya tunjuk skill memasak..sbb selalunya bulan biasa mak jer yg masak...
~g solat tarawikh...best tgk owang ramai kat masjid..(tp selalunya awal2 bulan jer...)
~menjadi saudagar mercun, bunga api yg berjaya..kah..kah..kah..(ek..itu dulu la...sekarang dah insaf..he..he..)

5 jenis makanan/minuman yang wajib ade masa berbuka puasa :
~kurma
~air x kisah la air apa pon
~kuih muih....x kisah jenis apa pon
~nasik dan lauk pauk..x kisah..sedap jer saya bedal semua
~janji halal beb

5 perkara yang wajib anda lakukan sebelum berpuasa :
~niat...jangan lupa tuh..
~sahur
~solat sunat
~solah subuh
~pastu puasa ak..pe lg

5 cerita best/xbest puasa anda :
~selalu g bazar ramadhan..tp x tau nak beli apa
~time tengah keletihan berpuasa...tetiba adik datang makan ayam goreng...ceh..
~tengok upin ipin...
~ssh bangun sahur..tp bila dah bangun ssh nak tidur balik
~waktu berbuka...mmg best ar...

5 orang yang tepaksa bocorkan rahsia puasa diorang :
~makCu
~reAktifZul
~Farhah Zaidah
~Jeck's
~gadis kampung separa bandar