haiiiiii................

Assalamualaikum...ai... Nama saya Mohamad Fazli Othman. Tp orang panggil sama macam2, ada panggil Fazli, Ayie, Mat Yie, Ayfz, Ustat, Pali, Fali, Fast Lee, dll. Tak kisahlah nak panggil saya apa, tpsaya tetap orang yang sama. Saya ialah Mohamad Fazli Othman.

Tanpa Meraka Siapalah Saya

14 September, 2009

sedikit pertolongan

soalannya :klu guna kamera digital biasa bleh set kan aperture,ISO n shutter speed?klu bleh cmne ye..? frhah dh cuba cri kat setting tp x jmp gak..n nk mnta cdangan ayie la klu nk amik gmbr berturutan,nk amik gmbr ape yg sesuai ye...


.
mmm..ok..saya dapat satu soalan seperti di atas...jadi saya meminta pertolongan rakan2 dan follower2 lain..mintak tolong jawab sat...
sbb saya bukanlah seorang ptotog yg pro dan berpengalaman..masih amature ...jadi mintak tolong...soalan ni saya cuba jawab sebaik mungkin....maaf kalau x dapat menjawab pertanyaan..

.
sbb ditanya ttg kamera digital biasa..maknanya kamera kompact...setahu sata bukan semua kamera compact boleh adjust manual..iaitu membolehkan kita edjust iso, aparture dll. coba tgk pic di bawah..adakah kamera kompact itu ada spt di bawah...
huru M tu mewakili manual....kalau ada tu..rasanya bileh setting la iso..dll.

bukan semua kamera kompect boleh diadjust manual..sbb sesetengahnya ada yg semuanya auto...pilih mode n snap jer...


tengok gak la mcm mana kamera yg dibeli...sama ada auto atau menual...
kalau boleh rujuk la kat buku panduan yg diberi masa beli kamera tu...sbb setiap kamera lain2...


.
ok..kalau nak amik gambar yg berturutan..eloklah amik gambar pergerakan..cthnya seperti org berlari ker...berjalan ker...pergerakan kereta ker.... dll..
pIC atas satu contoh pergerakan bendul..(sy guna charger jer...ek..) ..iu satu contoh jer..

.
ada sesape yg tau...boleh tolong jawabkan dalam komen saye atau buat satu entri ttg ini...
sbb saya pon nak tau gak..ha..ha..

kad raya...


kad raya dari saya..amik la..jangan memalu...
tiada apa yg istimewa ttg kad raya ni..sekadar kenangan untuk anda semua...
.
p/s: kad raya jer,...nak duit raya jemput datang umah he..he,.,

12 September, 2009

aku dah ingat.....24...

pagi tadi..bangun je dari tetdo aku dapat satu msg dari bank islam....


rm 0.00 Bank Islam
Wishes you a
Happy Birthday on
12/09/2009.
bankislam.SMS


baru aku ingat..hari ni hari lahir aku....maka genaplah umur aku 24 tahun...........
dok pikir balik..dalam 24 th ni..apa aku dah buat..rasa hari tua semakin menghampiri...ha..ha...


dan bila genapnya umur aku 24 ni...aku nampaknya kene merancang ssuatu yg lebih serius untuk hidup aku....kene kerje lebih serius lg...dah kene pikir pasal pasangan hidup..kene pikir psal masa depan...x kan nak macam ni sampai ke tua..kan...

bos aku macam tau jer arini besdey aku..(walhal dia x tau pon..)..td bos bg duit raya....rm xxx.00
alhamdulillah....pasni g carik baju raya lak...x beli lg baju raya...pasni keje kene rajin2 lg...design kene power...kene update....baru boleh jadik pekerje yg bagus...ha..ha..(berangan llbeh aku nih..)

pasal pasangan hidup....haritu ada terpikir kejap...tapi Jun lalu......terus x jadik..tgu tahun depan la pikir balik....insyaallah..........bukan x nak carik lg...tp biar ekonomi stabil dulu......kegawatan ekonomi meruncing sekarang nih....mak aku dok tanya bila lg..adeh.....calon pon x da lagi.....


pic kek ni bukanlah kek besdey aku arini..mana ada sambut pape pon besdey aku..bulan2 posa lak tu...ni pic tahun 2005 lalu....masa besdey aku time latihan industri................

sebenarnya aku jarang untuk mengingat besdey aku..apatah lagi besdey kawan2 ataupon besdey ahli keluarga aku....


oklah...aku x nak melalut bebanyak ni....nak p solat tarawikh lak.....
ok...selamat hari lahir untuk diri sendiri.....
selamat berpuasa semua.....
selamat pulang ke kampung untuk mereka2 di perantauan....
selamat hari raya aidilfitri (ek...lbt lg..)


11 September, 2009

tragedi itu....

pic ni bukan saya yg snap...saya copy jer.....

.

.
tetiba hari ni aku teringat sesuatu....
hari ni 11 september 2009...11 september......
dah +-sembilan tahun tragedi itu berlaku....
tragedi yg mengubah persepsi barat terhadap dunia Islam.....
.

p/s: saya rasa saya ada terlupa sesuatu perkara...

10 September, 2009

knpe tak ajak ayah datang...???


lokasi : masjid si sebuah kampung di utara 1Malaysia...
aktiviti : majlis berbuka puasa
.

gambar murtabak..sekadar hiasan semata-mata

mcm biasa..kalau kat kampung2 bila ada majlis berbuka puasa maka sibuklah orang kampung datang bergotong royong memasak untuk juadah berbuka nnt....

ok...pendekkn cerita...

bila dah hampir masuk waktu berbuka..maka semua org dipesilakan untuk duduk di tempat dimana juadah dihidangkan....sekumpulan budak2 berlari kat tepi pagar masjid..bermain sementara menunggu waktu berbuka...mereka dipanggil untuk duduk kat juadah dihidangkan...

seorang nenek : eh..ni anak sapa ntah...nek lupa la...(sorang makcik menegur kanak2 utk bergurau sementara menunggu waktu berbuka...)

kanak2 itu : saya anak XXXXX

seorang nenek : o.....mak mana....??

kanak2 itu : tu..(menunjuk ke arah seorang wanita yg sibuk menyusun juadah..)

seorang nenek : ayah mana..knepe x ajak ayah datang sama...???

kanak2 itu : ayah pon x puase....nape nak ajak...

seorang nenek : .....

p/s : kepimpinan melalui teladan...

09 September, 2009

999...menghampiri 10 terakhir


999...apekah itu..bukan rancangan 999, tp singkatan pada 09.09.2009 atau 9 september 2009 masihi. Cantik nombor nih..ha..ha...Sedar x sedar dah masuk hari ke 19 dah berpuasa...kejap jer rasanya. Maknanya lps ni kita akn melangkah ke 1o malam yg terakhir di bulan ramadhan. Malam yg dinanti-nantikan. Kerana di malam 10 terakhir terdapatnya malam LailatulQadar, iaitu malam yg menyamai 1000 bulan.

Duduk dan berfikir sejenak, ke tahap manakah ibadat2 kita dalam bulan mulia ini. Sebelum menenpuh 10 terakhir ni....Banyak orang suka 10 terakhir ni....Sebabnya...banyak orang akan berusaha tingkatkan amal ibadat untuk mendapatkan LailatulQadar. Tp itu untuk mereka yg mahukan kelebihan 10 terakhir ini.

Ada gak sebab lain yg masyarakat suka tentang 10 terakhir ni. Sbb tak lama lagi dah nak raya...yahuu....Masa2 nilah makcik2 nak buat kuih raya, nak siapkan tempahan jahit baju, tukar itu tukar ini. Bapak2 lak sibuk nak g cari daging, masak bakar lemang, rebus ketupat..dll...Anak-anak lak sibuk dok buat meriam tin, meriam buluh, meriam batang paip, beli dan main mercun......(termasuk aku le ni...adehh) ye la..dah nak raye..kan


________________


Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil di dalam sepuluh hari yang terakhir daripada bulan ramadhan."


Ulasan
Kita bertemu dengan satu persoalan, "Bilakah terdapatnya malam LailatulQadar?" Hadith di atas menyuruh kita mencarinya pada sepuluh malam yang terakhir di bulan Ramadhan. Menurut kebanyakan pendapat bahawa sepuluh malam yang terakhir di bulan Ramadhan bermula daripada malam ke 21. Ini tidaklah dikira samada bulan Ramadhan itu mengandungi 29 hari atau 30 hari. Seseorang itu hendaklah mencari LailatulQadar pada malam 21,23,25,27 atau 29.

Ibn Hamz mempunyai pendapat yang berlainan dan mengatakan bahawa perkataan 'Ashra' yang digunakan di dalam hadith ini bermaksud sepuluh. Dengan demikian pengiraan yang di atas hanyalah betul seandainya bulan Ramadhan itu mengandungi 30 hari. Walau bagaimanapun jika hanya terdapat 29 hari di dalam bulan itu (yang kerap terjadi), maka sepuluh hari yang terakhir akan bermula pada 19hb siangnya malamnya ialah 20hb. Menurut kiraan ini bermakna malam-malam yang genap ialah pada 20hb, 22hb, 24hb, 26hb, 28hb dan 30hb.

Bagi menghormati seorang alim yang sangat besar seperti Imam Ibn Hazm, kebanyakan ulama tidaklah bersetuju dan kata mereka iktikaf hanyalah menjadi sunnah pada sepuluh hari yang terkahir daripada bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W. akan beriktikaf bagi mendapat Lailatul Qadar. Baginda akan memasuki masjid untuk memulakan pengiktikafannya pada malam 21 Ramadhan.

Nasihat
Nasihat yang sebaik-baiknya yang dapat diberikan di sini ialah seseorang itu hendaklah menghabiskan setiap malam bermula daripada 20hb hinggalah seterusnya di dalam keadaan beribadat, agar dengan ini dia pasti sekali memperolahi rahmat-rahmat daripada bulan Ramadhan. Jikalau seseorang itu melihat kepada ganjaran yang besar akan dikuniakan kepadanya, maka sepuluh atau sebelas malam sesungguhnya tidaklah sesukar manapun.

dipetik dari Fazaile Amal, Fazilat Ramadhan m/s : 55&56

_____________________________


saya x kata masak lemang, rebus ketupat, buat kuih, buat baju tu tak boleh ...tp sekadar nak mengajak berfikir seketika..itu jer.....tepuk dada tanya iman...ek..main meriam & mercun tu salah...jangan main...tau...


08 September, 2009

UPSR dah mula....

untuk adik aku ygt amik UPSR.....
.
buat yg terbaik....
moga berjaya....
jawab betol2...
.
"_______"