
999...apekah itu..bukan rancangan 999, tp singkatan pada 09.09.2009 atau 9 september 2009 masihi. Cantik nombor nih..ha..ha...Sedar x sedar dah masuk hari ke 19 dah berpuasa...kejap jer rasanya. Maknanya lps ni kita akn melangkah ke 1o malam yg terakhir di bulan ramadhan. Malam yg dinanti-nantikan. Kerana di malam 10 terakhir terdapatnya malam LailatulQadar, iaitu malam yg menyamai 1000 bulan.
Duduk dan berfikir sejenak, ke tahap manakah ibadat2 kita dalam bulan mulia ini. Sebelum menenpuh 10 terakhir ni....Banyak orang suka 10 terakhir ni....Sebabnya...banyak orang akan berusaha tingkatkan amal ibadat untuk mendapatkan LailatulQadar. Tp itu untuk mereka yg mahukan kelebihan 10 terakhir ini.
Ada gak sebab lain yg masyarakat suka tentang 10 terakhir ni. Sbb tak lama lagi dah nak raya...yahuu....Masa2 nilah makcik2 nak buat kuih raya, nak siapkan tempahan jahit baju, tukar itu tukar ini. Bapak2 lak sibuk nak g cari daging, masak bakar lemang, rebus ketupat..dll...Anak-anak lak sibuk dok buat meriam tin, meriam buluh, meriam batang paip, beli dan main mercun......(termasuk aku le ni...adehh) ye la..dah nak raye..kan
________________
Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil di dalam sepuluh hari yang terakhir daripada bulan ramadhan."
Ulasan
Kita bertemu dengan satu persoalan, "Bilakah terdapatnya malam LailatulQadar?" Hadith di atas menyuruh kita mencarinya pada sepuluh malam yang terakhir di bulan Ramadhan. Menurut kebanyakan pendapat bahawa sepuluh malam yang terakhir di bulan Ramadhan bermula daripada malam ke 21. Ini tidaklah dikira samada bulan Ramadhan itu mengandungi 29 hari atau 30 hari. Seseorang itu hendaklah mencari LailatulQadar pada malam 21,23,25,27 atau 29.
Ibn Hamz mempunyai pendapat yang berlainan dan mengatakan bahawa perkataan 'Ashra' yang digunakan di dalam hadith ini bermaksud sepuluh. Dengan demikian pengiraan yang di atas hanyalah betul seandainya bulan Ramadhan itu mengandungi 30 hari. Walau bagaimanapun jika hanya terdapat 29 hari di dalam bulan itu (yang kerap terjadi), maka sepuluh hari yang terakhir akan bermula pada 19hb siangnya malamnya ialah 20hb. Menurut kiraan ini bermakna malam-malam yang genap ialah pada 20hb, 22hb, 24hb, 26hb, 28hb dan 30hb.
Bagi menghormati seorang alim yang sangat besar seperti Imam Ibn Hazm, kebanyakan ulama tidaklah bersetuju dan kata mereka iktikaf hanyalah menjadi sunnah pada sepuluh hari yang terkahir daripada bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W. akan beriktikaf bagi mendapat Lailatul Qadar. Baginda akan memasuki masjid untuk memulakan pengiktikafannya pada malam 21 Ramadhan.
Nasihat
Nasihat yang sebaik-baiknya yang dapat diberikan di sini ialah seseorang itu hendaklah menghabiskan setiap malam bermula daripada 20hb hinggalah seterusnya di dalam keadaan beribadat, agar dengan ini dia pasti sekali memperolahi rahmat-rahmat daripada bulan Ramadhan. Jikalau seseorang itu melihat kepada ganjaran yang besar akan dikuniakan kepadanya, maka sepuluh atau sebelas malam sesungguhnya tidaklah sesukar manapun.
dipetik dari Fazaile Amal, Fazilat Ramadhan m/s : 55&56
_____________________________

saya x kata masak lemang, rebus ketupat, buat kuih, buat baju tu tak boleh ...tp sekadar nak mengajak berfikir seketika..itu jer.....tepuk dada tanya iman...ek..main meriam & mercun tu salah...jangan main...tau...